KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus mencipta kejayaan apabila melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.
Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China semalam.
Pasangan yang diberi gelaranĀ FeiDin itu tewas kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen yang kini bergelar beregu nombor satu dunia.
FeiDin bukan sahaja membawa pulang AS$100,000 (RM445,000) sebagai naib juara namun turut memperoleh 12,000 mata, sekali gus membantu beregu ketujuh dunia itu melonjak empat anak tangga untuk bergelar beregu nombor tiga dunia.
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula, jatuh satu anak tangga dan kini berada di tangga keenam dunia. – MalaysiaGazette