KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan akan berkongsi tiga perkara mengenai Harimau Malaya hari ini.
Menerusi hantaran Instagram Story baginda malam adi, Tunku Ismail berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan hari ini.
“Esok (Isnin) akan diumum berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan digunakan memberi impak kepada skuad kebangsaan,” tulisnya.
Turut akan diumumkan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Teknikal Harimau Malaya. – MalaysiaGazette
conflict of interest… how can club owner at the same time control FAM.. he can only choose either to inchrge club or FAM..
. absolute not both…. never happen before