KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan AM (PGA) menahan dua individu warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan barangan runcit di Jalan Pohon Tanjung, Pasir Mas Kelantan semalam.
PGA dalam kenyataan berkata, rampasan dilakukan kira-kira pukul 8.15 pagi setelah tenampak sebuah kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai barangan runcit ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.
“Turut ditahan dalam operasi itu, suspek seorang lelaki dan seorang wanita warga Thailand,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM24,000 dan barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.- MalaysiaGazette