Dr. Azizan Osman.

KUALA LUMPUR – Mentor usahawan, Datuk Dr. Azizan Osman terus diiktiraf dalam dunia akademik selepas dilantik sebagai profesor di Innovative University College (IUC) berkuat kuasa pada 15 Disember lalu sempena majlis konvokesyen universiti pengajian tinggi swasta itu.

Menurut Azizan, pelantikan tersebut baginya merupakan suatu amanah yang besar untuk menyumbang secara formal dalam dunia akademik.

“Alhamdulillah saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik bagi menyumbang kembali kepada pelajar-pelajar dan IUC agar terus maju ke hadapan.

“Saya yakin dapat memberikan sumbangan kepada IUC berdasarkan pengalaman dan pendidikan yang ada terutamanya dalam bidang keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, penjenamaan, pemasaran dan model perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Ogos 2022, Dr. Azizan yang juga Ketua Pengarah Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya lulus dalam ijazah kedoktoran (PhD) dari institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU).

Selain Azizan, Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd. pula dilantik sebagai Profesor Adjung di IUC bagi berkongsikan kepakaran dan pengalaman mereka dalam menguruskan organisasi danperniagaan kepada pelajar-pelajar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here