Pekerja TNB sedang melakukan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik di premis yang dipercayai mejalankan aktiviti perjudian. Operasi dijalakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju dań Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tiga lokasi berasingan sekitar daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 17 DISEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Tidak serik diserbu pihak berkuasa sebelum ini, ejen perjudian haram masih menggunakan lokasi sama bagi menjalankan kegiatan tidak sah itu di sebalik perniagaan lain.

Bukan itu sahaja, ejen haram itu juga berani beroperasi di kawasan terbuka seperti rumah kedai dan kawasan perumahan awam termasuk pusat snoker di sekitar ibu negara.

Menyedari perkara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamed Lazim Ismail berkata, tindakan tegas pemotongan bekalan elektrik dilakukan di tiga premis terlibat.

Katanya, operasi pemotongan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.

“Ketiga-tiga premis terbabit berada di pentadbiran IPD Wangsa Maju dan telah dipotong bekalan elektrik kerana menjalankan aktiviti perjudian iaitu menjadi ejen loteri awam haram dan ejen ‘top up’ judi dalam talian.

“Ia melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 4A(a) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, manakala tindakan pemotongan elektrik ini dijalankan dibawah Seksyen 21A akta sama (Akta 289),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pekerja TNB sedang melakukan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik di premis yang dipercayai mejalankan aktiviti perjudian. Operasi dijalakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju dań Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tiga lokasi berasingan sekitar daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 17 DISEMBER 2024.

Terdahulu, kumpulan media turut mengikuti operasi yang diketuai Inspektor Darlveen Singh Teja Singh bersama dua anggota IPD Wangsa Maju serta dua petugas TNB di tiga premis iaitu di Jalan Ampang, Taman Sri Rampai dan Taman Danau Kota.

Tinjauan mendapati, kegiatan itu berselindung di premis pertama iaitu di sebuah pusat snuker di Jalan Ampang, manakala dua lagi premis di Taman Sri Rampai dan Taman Danau Kota berselindung sebagai kedai runcit.

Difahamkan, ketiga-tiga premis itu telah diserbu antara bulan Jun hingga November lalu membabitkan tangkapan enam individu berusia 30an hingga 50an. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here