Ruben Amorim. Foto BBC.

LONDON – Ketua Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim mengulas isu mengenai susunan pemainnya yang bocor sebelum menentang Manchester City awal pagi semalam.

Pengendali kelahiran Portugal itu mengatasi masalah kebocoran dari orang dalam itu merupakan cabaran besar pada era moden.

“Saya tahu cerita itu dan saya fikir mustahil untuk menghalangnya pada zaman ini kerana anda mempunyai ramai orang di kelab termasuk para pemain yang ada bercakap dengan ejen.

“Mereka boleh bercakap dengan rakan-rakan, jadi sukar untuk mengetahui siapa pelakunya. Ia bukan perkara yang baik namun kita perlu fokus ke perlawanan seterusnya dan lihat adakah mereka berjaya atau tidak mendapatkan susunan pemain yang seterusnya,” katanya pada sidang media selepas pasukannya menewaskan tuan rumah.

Sementara itu, The Sun melaporkan dua pemain iaitu Amad Diallo dan Alejandro Garnacho telah disoal oleh Amorim sama ada mereka bertanggungjawab.

Namun dia berpuas hati kerana kedua-dua mereka tidak terlibat secara langsung dalam kebocoran itu.

Mengulas lanjut, Amorim turut menjelaskan mengapa nama Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho digugurkan perlawanan derby menentang Manchester City.

Menurutnya, keputusan itu berdasarkan penilaiannya dalam pelbagai aspek sebelum senarai 20 pemain yang dibawa ke Stadium Etihad.

“Pemilihan pemain dalam sesi penilaian dilakukan secara menyeluruh dan semua aspek termasuk prestasi di atas padang, sikap terhadap rakan sepasukan, malah perkara kecil seperti cara mereka membuat persiapan sebelum perlawanan, diambil kira,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here