Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11 hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertua (TYT) Negeri Sabah ke-11 hari ini.

Musa turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun di sini hari ini. 

Untuk makluman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Musa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi ini yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat setakat ini.

Manakala Musa pula menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018 sebelum perubahan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here