JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Doha, Qatar hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Infantino diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan yang dimulakan Tunku Mahkota Ismail dan juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudikan Pemangku Sultan Johor dan bersetuju memberikan sokongan kepada Malaysia daripada segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan.
Foto-foto mengenai pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook HRH Prince of Johor.- MalaysiaGazette