ALOR GAJAH – Pemilik kedai pakaian berasal dari Kemboja yang disyaki mencabul pelanggannya di Pekan Masjid Tanah minggu lalu sebelum ia tular telah direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini hari ini.
Perintah reman sehingga esok terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee untuk membantu siasatan di bawah bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, suspek yang bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu tiba di perkarangan mahkamah menaiki trak polis pada pukul 9.30 pagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Nawawi berkata, pihaknya menerima laporan daripada suri rumah berusia 27 tahun yang mendakwa kejadian berlaku di sebuah butik pakaian milik suspek kira-kira pukul 3.30 petang pada 13 Disember lalu.
“Semasa pengadu sedang memilih baju Melayu untuk suaminya, lelaki berkenaan didakwa telah datang menghimpit pengadu membuatkan dia berasa tidak selesa.
“Selepas membayar baju yang dipilih, pengadu mendakwa suspek telah mengusap kepalanya membuatkan dia terkejut dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pengadu dan suaminya berusia 29 tahun kemudian datang berjumpa dengan suspek namun lelaki berkenaan tidak mengaku berbuat demikian.
“Suspek bagaimanapun meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu terhadap pekerja kilang anak dua itu.
“Peniaga berkenaan bagaimanapun membuat laporan polis bagi menafikan insiden berkenaan setelah mendapati gambar dan kedainya tular di Facebook,” katanya.
Di me
Mengulas lanjut, Md Nazri berkata, susulan itu sepasukan anggota polis dari Cawangan D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah menahan suspek kira-kira pukul 10.15 malam tadi. – MalaysiaGazette