Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima lima laporan daripada mereka yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan seorang pempengaruh terkenal.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, pihaknya telah menerima laporan mengenai kes itu hari ini.

“Setakat ini, didapati ada lima laporan yang dibuat mangsa penipuan pempengaruh itu,” katanya di sini hari ini.

Mereka dikatakan menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan yang dikendalikan pempengaruh yang menawarkan pakej pelancongan ke Seoul dengan harga kira-kira RM4,000.

Sebelum ini tular di media sosial, video luahan seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan yang sama.

Perkongsian yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah menerima pelbagai reaksi dengan rata-rata menyatakan simpatan serta meminta mangsa membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pempengaruh itu telah memohon maaf melalui satu hantaran di laman Instagram.

Dalam hantaran itu juga, dia turut memberi jaminan untuk menyelesaikan bayaran kepada mangsa-mangsa sebelum atau pada 1 Februari tahun hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here