Wanita berusia 46 tahun disyaki ahli sindiket jual pingat Datuk Seri direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri dua tahun lalu.

MELAKA – Seorang wanita disyaki ahli sindiket jual pingat Datuk Seri direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM375,000.

Kesalahan suapan itu daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri dua tahun lalu.

Perintah reman terhadap pemilik syarikat swasta di Selangor berusia 46 tahun itu sehingga 23 Disember ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas mendapat permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Menurut sumber, suspek ditahan SPRM kira-kira jam 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir memberi keterangan kes berkenaan.

Kes adalah berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara bersindiket.

Ia disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan penahanan reman tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here