SINGAPURA- Syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot memohon maaf kerana salah satu pesawatnya berlepas sejam setengah lebih awal daripada jadual, 1 November lalu.
Penerbangan TR456 sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi menuju ke Kuala Lumpur jam 4.50 pagi.
Bagaimanapun, penerbangan itu dijadualkan semula dan berlepas pada jam 3.21 pagi disebabkan “alasan operasi,” kata Scoot dalam maklum balasnya terhadap media tempatan.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak memaklumkan penumpang berhubung jadual baharu pelepasan.
Katanya, penumpang yang terlepas penerbangan tersebut ditempatkan ke pesawat Singapore Airlines yang berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.04 pagi hari yang sama.
Namun, ia tidak mendedahkan jumlah penumpang yang terlepas penerbangan terbabit.
– Agensi