Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja disambung empat hari hingga Ahad ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.

Norhizam berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes berkenaan dirujuk kepada Majistret Mahkamah Sepang Muhammad Bukhori Md Ruslan berikutan tempoh reman lelaki berusia 41 tahun itu tamat hari ini.

“Tempoh reman selebriti ini disambung empat hari. Hari ini kes dirujuk kepada Majistret Muhammad Bukhori,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lepas, selebriti lelaki itu ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here