KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024 di Sarawak.
Kawasan-kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
Manakala amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024 diramalkan berlaku di Kapit (Song & Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri & Marudi) dan Limbang.
Manakala kawasan di Sabah pula iaah pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau & Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat; serta Labuan. – MalaysiaGazette