Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang rakyat Malaysia dikaitkan sebagai ketua sindiket pelaburan Nicshare dan Commonapps rentetan penahanannya oleh pihak berkuasa Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis menerima 24 laporan berkaitan pelaburan Nicshare melibatkan kerugian RM8,212,758.29 manakala dua lagi laporan diterima melibatkan kerugian RM340,079.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Siasatan terhadap kedua-dua skim serta kaitan antara rakyat Malaysia dengan skim penipuan pelaburan ini sedang giat dijalankan.

“Kedua-dua skim pelaburan ini juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) dan beberapa suspek serta organisasi telah dituduh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliay menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati engan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat dan tidak terlibat dengan sebarang sindiket penipuan pelaburan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast