SYDNEY – Australia akan cuba mengekang ketibaan pelajar antarabangsa dengan mengenakan kecepatan berbeza bagi pemprosesan visa, dalam usaha terbaharu kerajaan untuk mengurangkan bilangan penghijrahan menjelang pilihan raya yang dijangka ketat.
Menteri Pendidikan Jason Clare yang mengumumkan arahan baharu itu berkata, keutaman pemprosesan permohonan visa akan diberikan kepada universiti dan kolej “yang beroperasi secara mampan”.
Di bawah perubahan itu, terdapat dua kategori pemprosesan visa iaitu keutamaan tinggi dan standard.
Penyedia pendidikan akan menerima kelulusan cepat sehingga mereka mencapai 80 peratus daripada peruntukan pelajar antarabangsa , yang sebelum ini diletakkan di bawah undang-undang untuk menghadkan ketibaan.
Selepas itu, visa akan diproses pada kadar yang lebih perlahan.
Arahan menteri adalah pilihan sandaran selepas undang-undang untuk mengehadkan peruntukan pelajar antarabangsa di universiti dan kolej kemahiran ditolak oleh Parlimen.
Pembangkang memutuskan untuk mengundi menentang rancangan itu, walaupun pad masa sama mahu mengehadkan pelajar antarabangsa.
Australia dijangka mengadakan pilihan raya menjelang 17 Mei dan tinjauan pendapat menunjukkan Kerajaan Buruh dan pembangkang Liberal-Nasional sedang bergelut. – Agensi