Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di kawasan Jenjarom, Kuala Langat, Selangor awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya telamenerima laporan daripada seorang doktor daripada Hospital Banting jam 10.50 malam, semalam.

“Doktor itu telah menerima seorang lelaki tempatan yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini sedang dirawat dalam zon merah.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari di Balai Polis Banting untuk siasatan lanjut.

“Walaubagaimanapun, kami juga sedang giat mengesan suspek lain yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak mencetuskan sebarang spekulasi berkaitan insiden itu yang boleh menganggu siasatan pihak berkuasa.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here