Gambar Hiasan

SERI ISKANDAR – Gara-gara salah faham, seorang pelajar lelaki dipukul rakan sekuliah di dalam bilik asrama sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa sekitar jam 6.45 petang Selasa lalu.

Menurutnya, mangsa yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan pada bahagian telinga, luka dan bengkak di bahagian atas kening sebelah kanan.

Tambahnya, mangsa turut mengalami lebam di tangan dan kaki kiri, kesan merah pada bahagian perut dan leher.

“Berdasarkan siasatan, motif kes kejadian pukul berlaku kerana selisih faham dan provokasi antara mereka dalam bilik asrama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai tiga suspek lelaki warga tempatan berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan dan direman selama tiga hari mulai 18 hingga 20 Disember bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here