KUALA LUMPUR – Proeight Sdn. Bhd. (Proeight), firma kejuruteraan terkemuka mengkhusus dalam inovasi, reka bentuk dan pembuatan pengedap mekanikal untuk industri minyak dan gas mengumumkan pelantikan Akmal Farhan Azhar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim syarikat.
Pelantikan Akmal Farhan, 29, berkuatkuasa Isnin lalu bagi menggantikan jawatan yang disandang bapanya, Allahyarham Ir. Azhar Zainal Abidin yang meninggal dunia pada 14 Disember lalu.
Menurut kenyataan pengurusan tertinggi Proeight, peralihan kepimpinan itu menandakan detik penting bagi syarikat milik penuh bumiputera itu melibatkan kumpulan kejuruteraan berpengalaman dalam mengharungi tempoh perubahan dan kesinambungan.
“Peralihan kepimpinan ini sudah tentu sebagai detik penting bagi Proeight ketika syarikat mengharungi tempoh perubahan dan kesinambungan dalam industri minyak dan gas,” kata kenyataan itu kepada hari ini.
Akmal Farhan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam.
Kerjaya profesionalnya bermula sebagai Jurutera Berputar, di mana beliau menghabiskan lebih lima tahun pengkhususan dalam peralatan berputar.
Dalam peranan ini, beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk, menyelenggara dan mengoptimumkan jentera kritikal, termasuk pam, turbin dan pemampat.
Kepakaran dimilikinya meliputi untuk memastikan operasi sistem itu berjalan lancar melalui pemeriksaan penyelenggaraan rutin, penyelesaian masalah kerosakan dan pelaksanaan strategi bagi meningkatkan kecekapan operasi.
“Asas kukuhnya dalam prinsip kejuruteraan mekanikal, digabungkan dengan kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh, telah memainkan peranan penting kejayaannya dalam bidang tersebut sekali gus membolehkannya membina rekod prestasi yang signifikan dalam kecekapan serta pengalaman teknikal.
“Sebagai CEO Interim, Akmal Farhan membawa gabungan unik kepakaran teknikal, pengalaman praktikal dan komitmen terhadap kecemerlangan operasi.
“Dalam tempoh peralihan ini, kepimpinan beliau akan menjadi penting ke arah mengekalkan kesinambungan perniagaan, menegakkan keyakinan pihak berkepentingan dan memastikan kestabilan serta kejayaan berterusan Proeight,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette