Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dalam sidang media, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan segera perlu diambil dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi menghentikan insiden kematian kucing yang mengerikan di kawasan Universiti Malaya.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap insiden yang menyayat hati itu dan mengecam segala bentuk penganiayaan terhadap haiwan.

“Perlakuan seperti ini bukan sahaja bertentangan dengan nilai kemanusiaan, malah melanggar undang-undang sedia ada,” kanya menerusi kenyataan yang dibaca oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin di sini, hari ini.

Wan Azizah yakin siasatan teliti akan mempertimbangkan semua fakta, termasuk penemuan kesan bahagian tubuh kucing yang didapati seperti telah dipotong.

Sementara itu, Wan Azizah menggesa Universiti Malaya memperkukuh peranan entiti Universiti Malaya Animal Guardians, dengan melibatkan pakar-pakar berkaitan seperti persatuan pencinta haiwan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Masyarakat perlu lebih prihatin dan mengambil cakna terhadap kebajikan haiwan.

“Hal ini penting untuk memastikan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni untuk semua serta memastikan kejadian sebegini tidak berulang semula,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here