KUALA LUMPUR – Penyanyi 1980-an, Suliza Salam Kembali mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ismail A Samad hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon, Anne Abdullah menerusi Instagram dengan memuat naik video majlis pernikahan yang diadakan di kediamannya di Bukit Kiara.
“Tahniah kak Suliza. Moga kekal ke jannah kakakku sayang. Syukur alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk anda.
“Terima kasih atas undangan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Hari bersejarah ibu kepada penyanyi Ismail Izzani itu hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.
Ismail turut kelihatan mengiringi ibunya memasuki ruang pernikahan.
Selain Anne, pengantin turut diraikan rakan selebriti termasuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.
Sebelum ini, Suliza pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991 namun kemudiannya bercerai. – MalaysiaGazette