Tiga individu direman selepas dipercayai terlibat kes samun dengan parang di Taman Sri Treh, Muar Selasa lalu.

MUAR – Dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat kes samun dengan parang di Taman Sri Treh, di sini, Selasa lalu hingga tular dalam media sosial direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Suzana Mokhtar terhadap kesemua suspek yang berusia 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek ditahan di Sungkai, Perak.

Sebelum ini portal ini pada Khamis lalu melaporkan kejadian tular beberapa video dalam Facebook kejadian dua lelaki bertopeng melakukan pecah rumah dan samun bersenjata dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Sri Treh, di sini.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan masa dan tarikh kejadian berlaku pada pukul 5.21 petang, 17 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah dilaporkan berkata, susulan itu, polis menemui kereta Perodua Myvi ditinggalkan dalam garaj sebuah rumah di Jasin, Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi, Rabu lalu dipercayai digunakan suspek dalam kejadian samun berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here