KUALA LUMPUR – Oleh kerana minat terhadap haiwan reptilia, Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 26, yang dikenali dengan panggilan Nina, membuka sebuah kedai yang membela dan menjual haiwan-haiwan reptilia, iaitu Brotherhood Reptiles yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
Brotherhood Reptiles kini memiliki lebih 250 koleksi haiwan reptilia, seperti Reticulated Pythons, Rhino Viper, Green Bottle Blue Tarantula, Katak Pacman, Chameleon, dan pelbagai lagi.
“Minat kepada haiwan reptilia ini muncul sejak saya sekolah lagi, jadi mereka (ular) sudah sinonim dengan hidup saya.” Beliau berkata ketika ditemubual.
Minatnya yang terlalu dalam mendorong Nina untuk membuka kedai dan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya.
Nina yang juga menjelaskan bahawa perniagaan haiwan peliharaan reptilia bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya memerlukan ketelitian dan pemerhatian yang sangat rapi.
Ini bermaksud soal kebersihan, pemakanan, dan penjagaan kesihatan agar haiwan-haiwan tersebut dapat hidup lebih lama dan tidak berasa tertekan.
“Pemakanan dan kebersihan sangatlah penting, dan tidak mudah sebenarnya untuk membela mereka (haiwan reptilia).”
“Banyak haiwan yang saya jaga, pelbagai peringkat, kecil, remaja dan dewasa, setiap keperluan mereka adalah berbeza.” Jelas Nina.
Harga-harga haiwan yang dijual di Brotherhood Reptiles adalah berbeza-beza mengikut jenis dan kualiti haiwan, tapi masih berpatutan.