LONDON – Southampton yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) melantik Ivan Juric sebagai pengendali baharu menggantikan Russell Martin yang dipecat.
Bekas pengendali Roma dan Torino itu menandatangani kontrak selama 18 bulan.
Martin dipecat selepas kekalahan 5-0 di laman sendiri di tangan Tottenham minggu lalu selepas sembilan mata dari zon selamat menjelang aksi menentang Fulham, malam ini.
“Kami kekal fokus dalam perjuangan untuk bertahan pada musim ini dan percaya pelantikan ini akan memberikan kami ketabahan dan keazaman diperlukan bagi memperbaiki keputusan di atas padang,” kata Southampton dalam satu kenyataan di laman web kelab itu.
Bekas pemain tengah Croatia itu pernah membantu Torino menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik Serie A musim lalu. – Agensi