Bendera merah dinaikkan di Pantai Sepat, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Meskipun bendera merah sebagai tanda amaran di Pantai Sepat di sini telah dipasang namun masih kelihatan pengunjung terutama kanak-kanak dilihat melakukan aktiviti di air.

Malah tinjauan MalaysiaGazette mendapatiada dalam kalangan mereka yang mandi di gigi air di pantai itu dan tidak dipantau dari dekat oleh penjaga atau ibu bapa.

Salah seorang pengunjung, Shakira Mat Zain, 38 berpendapat, ibu bapa tidak sepatutnya membenarkan anak-anak mereka turun untuk mandi.

“Kami sekeluarga memang biasa datang ke sini ambil angin dan berkelah. Kalau bukan musim hujan ini, biasa anak-anak akan mandi pantai. Tapi ombak besar dan bendera merah pun ada.

“Memang saya tak beri mereka mandi, cukup sekadar main layang-layang di tepi pantai sahaja. Kalau boleh ibu bapa lain jangan bagi anak-anak turun mandi buat masa ini,” katanya.

Shakira Mat Zain bersama dua anaknya berkelah di Pantai Sepat, Kuantan ketika ditemui hari ini.

Begitu juga dengan Faizal Abdul Malik, 44, dari Pekan yang berkunjung ke sini bersama keluarganya.

Dia memberitahu sudah biasa dengan keadaan pantai berkenaan dan tidak membenarkan anak-anaknya mandi sekiranya bendera merah dinaikkan pihak berkuasa.

“Kalau nak bagi mandi pantai semula pun mungkin selepas bulan Februari jika Monsun Timur Laut (MTL) sudah habis dan anak-anak pun faham keadaan bahaya untuk mandi.

“Tak selamat kalau bendera merah sudah naik ni. Orang sudah naik bendera merah janganlah turun ke laut,” tegasnya.

Faizal Abdul Malik dan anaknya di Pantai Sepat, Kuantan hari ini.

Sebelum ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang menasihati orang ramai yang ingin mengunjungi pantai di daerah ini, Pekan dan Rompin supaya lebih cakna dengan keselamatan diri dan tidak melakukan aktiviti air. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Elak aktiviti air, musim tengkujuh belum berakhir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here