Gambar hiasan

KUANTAN – Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki yang disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri dan suspek kini sedang dikesan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang mengesahkan kepada MalaysiaGazette ada menerima laporan itu berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai henti menularkan di media sosial salinan laporan polis berserta gambar seorang lelaki yang didakwa telah merogol anak gadisnya baru-baru ini.

Hari ini tular di laman sosial Facebook satu hantaran salinan laporan polis berserta gambar seorang lelaki yang didakwa telah melarikan diri setelah melakukan sumbang mahram terhadap anak gadisnya yang berusia 15 tahun.

Dalam hantaran tersebut, kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Balok Permai di sini pada 18 Disember lalu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 376(3) Kanun keseksaan kerana sumbang mahram,” kata Wan Mohd Zahari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here