Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Sekumpulan anjing liar didapati telah menyerang kucing-kucing di sebuah insitusi pengajian tinggi (IPT) di sini.

Ia hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar IPT tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak polis telah merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing-kucing ini disebabkan serangan anjing-anjing liar.

Oleh itu, polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kes ini bagi mengelakkan kegelisahan orang ramai.

Artikel berkaitan: Insiden kematian kucing di UM perlu diselesaikan segera

Kucing mati dalam keadaan ngeri: UM buat laporan polis

Kucing mati bukan didera tapi diserang anjing – Polis

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat disarankanuntukmenyalurkan maklumat dengan menghubungi talian Hotline Polis KualaLumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

“Selain itu, orang ramai juga turut boleh menyalurkan sebarang aduansecararasmi sekiranya terdapat kes penganiyaan terhadap mana-manahaiwankepada pihak veterinar di pautan awa.dvs.gov.my. agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mana-mana individu yang membuat zalimke atas haiwan,” ujarnya.

Dalam kenyataan tersebut, Rusdi turut mengesahkan menerima tiga laporan kematian kucing di IPT tersebut pada 17, 20 dan 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, tiada saksi yang menyaksikan kejadian tersebut.

DVS menerusi kenyataan baru-baru ini mengesahkan menerima aduan dua kejadian berasingan berkaitan kematian kucing didakwa berlaku di beberapa lokasi dalam universiti tersebut.

Aduan pertama pada 17 Disember itu melibatkan kejadian di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, namun Pasukan Unit Kebajikan Haiwan DVS Wilayah Persekutuan yang menjalankan siasatan pada hari sama dimaklumkan oleh pengurusan UM kejadian sebenar ialah pada 12 Disember dan bangkai kucing telah ditanam.

Pemeriksaan terhadap bangkai kucing yang digali menunjukkan bangkai sudah terurai dan tidak boleh dilakukan bedah siasat bagi mengesahkan kejadian sebenar, menurut kenyataan itu.

Aduan kedua pada 20 Disember pula melibatkan kematian empat kucing di lokasi berbeza sekitar kampus, namun siasatan pada hari sama tidak menjumpai sebarang karkas, darah atau apa-apa bukti berkaitan kematian kucing yang dilaporkan.

DVS memaklumkan maklumat daripada pengurusan keselamatan UM menyatakan bangkai kucing tersebut didakwa telah dihantar ke klinik veterinar yang tidak dikenal pasti oleh wakil Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), namun pasukan penyiasat gagal mendapatkan maklumat daripada wakil tersebut pada hari itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here