Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang jurutera ditahan kerana disyaki membuat satu laporan palsu kononnya disamun dan kenderaan jenis Audi miliknya dilarikan dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, Rembau, jam 11.45, 20 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kahar Shaik Mohamed, lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa dia telah disamun dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta.

“Suspek mendakwa telah menghentikan kenderaannya selepas terdengar bunyi hentakan di belakang kereta dan ketika melakukan pemeriksaan, dia telah didatangi dua lelaki itu.

“Jurutera itu turut mendakwa disamun serta dokumen penting dan wang tunai sebanyak RM200 telah dilarikan.

“Walau bagaimanapun, siasatan mendapati laporan palsu ini dibuat untuk membuat tuntutan insurans atas kehilangan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shaik Abd Kahar menambah, suspek turut bercadang menjual kenderaan berkenaan kepada ejen pembeli setelah menerima pampasan insurans.

Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Kes ini turut akan disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” tambahnya.

Pihaknya turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak membuat laporan palsu yang memberi impak negatif kepada ketenteraman awam.

Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang membuat sedemikian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here