K Krishnakumar

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengesahkan penggantungan dua tahun yang dikenakan terhadap Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, K Krishnakumar  tidak sah.

Susulan itu,  Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) diarah untuk menghantar surat pembatalan terhadap penggantungan yang tidak sah itu berkuat kuasa sejak 27 Julai lalu.

Keputusan pesuruhjaya itu dimaklumkan melalui satu surat pemberitahuan kepada Krishnakumar di sini.

“Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah meneliti isi yang dibangkitkan dan penelitian lanjut juga telah dijalankan terhadap penggantungan yang telah dikenakan oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) terhadap tuan dan pejabat ini telah mendapati penggantungan tersebut adalah tidak teratur kerana:

“Ahli PBBM adalah Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur (PBBKL) dan bukannya En Krishnakumar a/l Kalimuthu; Ahli yang disebut dikeseluruhan Fasal-Fasal dalam perlembagaan PBBM adalah merujuk kepada Fasal 6 perlembagaan PBBM iaitu Ahli Gabungan, Ali Individu, Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat.

“Sehubungan dengan itu, pejabat ini ingin memaklumkan bahawa aduan tuan telah diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Tindakan lanjut pihak tuan adalah diperingkat dalaman badan sukan seperti mana diperuntukkan bawah seksyen 23 Aka Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman
Bagi Penyelesaian Pertikaian Dalam Badan Sukan),” tulis surat itu.

Sementara itu, Krishnakumar menegaskan, keputusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia membuktikan dirinya tidak bersalah dan satu kezaliman.

Katanya, dia digantung selepas mengemukakan beberapa persoalan dan kebimbangan ketika Mesyuarat Agung Tahunan PBBM lima bulan yang lalu.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah isu pengurusan serta pentadbiran badan induk berkenaan, yang dikatakan tidak diselesaikan dengan telus.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan hak saya. Saya memberi tempoh tujuh hari untuk mereka memberi maklum balas perkara ini jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here