KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, berbanding penurunan 2.4 peratus yang dicatatkan pada Oktober 2024.

Sektor perlombongan turun 8.3 peratus pada November 2024, berbanding penurunan yang ketara 17.3 peratus pada Oktober 2024, disebabkan oleh indeks Pengekstrakan petroleum mentah (-14.8%), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sektor pembuatan turun 1.8 peritus berbanding penurunan 2.6 peratus pada Oktober 2024 sebahagian besarnya dipacu oleh harga yang lebih rendah dalam indeks pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-16.8%) dan pembuatan bahan kimia & produk kimia (-5.1%).

Sementara itu, sektor pertanian, perhutanan & perikanan mencatatkan peningkatan ketara 21.8 peratus berbanding 13.8 peratus pada bulan sebelumnya disokong oleh indeks penanaman tanaman kekal yang melonjak 37.7 peratus.

Sektor bekalan air meningkat 6.6 peratus, manakala sektor Bekalan elektrik & gas meningkat 0.9 peratus.

Pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 1.4 peratus pada November 2024 (Oktober 2024: -0.7%).

Sektor pertanian, perhutanan & perikanan merekodkan peningkatan 8.5 peratus (Oktober 2024: 6.0%), disokong terutamanya oleh indeks Penanaman tanaman kekal, yang meningkat 13.6 peratus.

Menurut Jabatan Perangkaan, sektor perlombongan pulih dengan peningkatan 5.7 peratus (Oktober 2024: -2.7%) disumbangkan oleh kedua-dua indeks pengekstrakan gas asli (14.2%) dan pengekstrakan petroleum mentah (2.7%).

Sementara itu, sektor pembuatan meningkat perlahan 0.3 peratus (Oktober 2024: -1.2%) disokong oleh indeks pembuatan kok & produk petroleum bertapis (2.0%) dan pembuatan produk makanan (1.9%).

Dalam sektor utiliti, sektor bekalan air mencatatkan penurunan marginal 0.2 peratus, manakala sektor bekalan elektrik & gas turun perlahan 0.1 peratus.

Indeks barang siap meningkat 0.4 peratus (Oktober 2024: 1.1%) disebabkan oleh indeks Kelengkapan modal (1.3%).

Sementara itu, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya terus menurun 2.0 peratus (Oktober 2024: -8.7%), dipengaruhi oleh penurunan indeks Bahan bukan makanan (-2.4%).

Indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen juga turun 0.2 peratus (Oktober 2024: -1.9%) disebabkan oleh Bahan api yang diproses & pelincir (-4.2%).

Pada asas bulanan, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya mencatatkan peningkatan 4.8 peratus, manakala bahan perantaraan, bekalan & komponen meningkat 1.1 peratus pada November 2024.

Walau bagaimanapun, indeks barang siap turun 0.6 peratus. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here