Gambar hiasan

HONG KONG – Pasukan Badminton Hong Kong telah menukarkan jurulatihnya secara mendadak sehinggakan pasukan itu kini mempunyai banyak kelibat Malaysia.

Ketua jurulatih yang merupakan bekas pemain Malaysia, Wong Choong Han mengambil masa dua bulan untuk membentuk tim jurulatih, dan hasilnya, sejumlah empat jurulatih asal Malaysia kini berkhidmat di Hong Kong.

Loh Wei Sheng melatih atlet perseorangan; Jeremy Gan melatih beregu campuran. Tan Bin Shen pula menggalas tanggungjawab membantu Choong Han untuk melatih pasukan Hong Kong.

Wei Sheng pernah beraksi dalam Olimpik Belia sebelum berkhidmat sebagai jurulatih untuk pasukan negara.

Bin Shen pernah berkhidmat sebagai jurulatih beregu lelaki untuk Malaysia, manakala Jeremy pernah berkhidmat sebagai jurulatih di Malaysia dan Jepun.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, Choong Han menjadi jurulatih atlet lelaki perseorang pada Julai lalu sebelum diangkat sebagai ketua jurulatih pada Oktober.

Susulan daripadanya, Choong Han berusaha membentuk semula tim jurulatih bagi memberi nafas baharu kepada pasukan Hong Kong untuk mara ke sasaran pingat dalam Olimpik.

Semasa menerima wawancara media Hong Kong, Choong Han berkata, beliau mengajak jurulatih dari Malaysia untuk meningkatkan kualiti latihan di Hong Kong, sekali gus menaikkan prestasi pasukan itu.

Ujarnya, sasaran jangka pendek adalah merapatkan jurang pasukan Hong Kong dengan pesaing utama lain, rancangan jangka sederhana pula adalah melahirkan atlet yang berupaya menang dalam temasya sukan utama.

“Sasaran jangka panjang sudah tentunya adalah mendapat pingat di Olimpik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here