Nik Hafiz (kiri) ketika majlis pelancaran KRW di Hotel Grand Renai Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kelantan Red Warrior (KRW) meluahkan rasa terkejut dengan isu penggantungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, pasukan mengambil maklum namun situasi itu tidak memberi kesan kepada usaha dan komitmen pasukan untuk kembali ke Liga Malaysia.

“Usaha sama KRW dan KAFA serta permohonan untuk bertanding dalam Liga A1 kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) bermula sejak sebelum digantung keahlian lagi.

“KRW turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah dan kepimpinan yang memberi komitmen penuh dalam usaha menyokong KRW,” katanya di laman sosial rasmi pasukan di Facebook di sini, hari ini.

KRW bakal membuat penampilan pertama dalam Liga A1 dan mengesahkan sudah membuat permohonan kepada pihak Liga Bolasepak Amatur (AFL) selain mendapat sokongan KAFA.

KRW dilancarkan baru-baru ini dengan memperuntukkan RM1 hingga RM2 juta untuk pasukan Kelantan kembali beraksi dalam kancah bola sepak negara.

Perbelanjaan kewangan itu termasuk membawa masuk pemain bintang untuk bermain dalam pasukan selain kos pengurusan dan kelab.

Nik Hafiz Naim berkata, pihaknya yakin mampu menyediakan perbelanjaan sebanyak itu kerana memiliki sumber kewangan yang kukuh.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) berkata, pihak kelab turut mengekalkan logo treble 2012 sebagai identiti KRW dengan sedikit perubahan.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham memiliki 65 peratus dan baki saham dimiliki 116 pelabur lain yang dikatakan akan berpindah membentuk KRW.

Tindakan ini diambil selepas usaha untuk mengambil alih TRW sepenuhnya daripada Zamsaham gagal.

Awal musim ini, Kelantan FC mengesahkan menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi-Pro

Keutamaan pasukan ketika ini adalah untuk menangani isu dalaman seperti melunaskan gaji tertunggak pemain musim lalu serta menyelesaikan kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi membersihkan nama baik pasukan itu.

Sebelum ituk Kelantan FC muncul pasukan pertama yang gagal mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak dibenarkan beraksi di saingan Liga Super bagi musim 2024-2025 kerana gagal untuk melengkapkan dua kriteria kewangan.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here