KUALA LUMPUR – Polis baharu sahaja membuka siasatan kes kematian kucing di Universiti Malaya (UM) tempohari namun kini muncul lagi kes yang hampir sama dan lokasinya masih di UM.
Polis mengesahkan sedang menyiasat dakwaan kematian seekor kucing dan anjing yang ditemui mati di sekitar kampus Universiti Malaysia (UM) hari ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menerusi hantaran ringkas ketika dihubungi berkaitan perkara itu.
“Ya ada terima, masih dalam siasatan awal,” katanya secara ringkas hari ini.
Terdahulu tular hantaran di Facebook, penemuaan dua ekor haiwan iaitu kucing ditemui mati di sekitar kampus terbabit manakala anjing dijumpai berdekatan stesen bas.
Susulan itu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum berhubung kejadian terbabit.
“Kami telah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan di kampus.
“Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertututup (CCTV). Sekiranya ada makluman tambahan, kami akan maklumkan,” katanya dalam kenyatan hari ini.
Sebelum itu, tular di media sosial dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM pada 12 dan 16 Disember lalu.
Kemudian, pada Jumaat lalu, seekor lagi kucing dikenali sebagai Lily juga ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan di dalam kawasan UM. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: