Tangkap layar dua kumpulan penyokong bola sepak bergaduh di stesen LRT Tasik Selatan.

KUALA LUMPUR – Lapan individu yang ditahan berkaitan kes pergaduhan kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik tempoh reman tamat.

“Bagaimanapun, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun masih ada perkara yang perlu dilengkapkan sebelum keputusan lanjut dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua kumpulan individu dipercayai penyokong skuad Harimau Malaya dan pasukan Singapura terbabit dalam pergaduhan di stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Bagaimanapun, pergaduhan sekitar jam 12 tengah malam itu berjaya dileraikan anggota polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas.

Insiden terbabit telah mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here