Perkongsian di TikTok menunjukkan Lan Pet Pet menziarahi pusara Man Kulim di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang, pukul 3 pagi.

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Lan Pet Pet menziarahi pusara pempengaruh media sosial Man Kulim di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang, pukul 3 pagi.

Menerusi perkongsian di TikTok, anggota kumpulan Senario itu datang menziarahi pusara Man atau nama sebenarnya, Burhan Che Mokhtar pada awal pagi 25 Disember 2024 (semalam).

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad menzahirkan beliau cukup menyayangi sahabatnya itu dan berharap Allahyarham tenang di negeri abadi.

Beliau menganggap Man Kulim seperti adiknya sejak mereka bersahabat.

“Mannnnnn….. Semoga hang tenang di sana Mannnn… Aku sayang hang Man. Hang baik Man. Allah pun sayang hang…” tulisnya ringkas di laman sosial sosial berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here