KUALA LUMPUR- Sebuah rumah setinggan berkeluasan 40×25 kaki persegi serta sebuah kereta jenis Mercedes yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan rentung 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Dato Senu 26- Kg Chubadak, Kuala Lumpur, petang tadi.
Komander Operasi TPgB II Mohd Hafizan Hassan berkata, punca kebakaran masih disiasat.
“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang melalui sistem MERS999, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, kebakaranmelibatkan rumah setinggan telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Operasi melibatkan 26 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Setapak, Gombak Selatan dan Jalan Hang Tuah. -MalaysiaGazette