Simpan SSPN menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru kepada masyarakat Malaysia untuk segera membuat simpanan dalam Simpan SSPN sebelum 31 Disember 2024 agar berpeluang menikmati insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun bagi tahun taksiran 2024.

Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, ia merupakan insentif istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN yang memberikan kelebihan berbeza berbanding produk simpanan lain di pasaran, selain menikmati pelbagai manfaat lain yang ditawarkan.

Menurutnya, Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun.

Ibu bapa sebagai pendeposit Simpan SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.

Manakala, ibu bapa sebagai pendeposit yang membuat taksiran cukai bersama layak mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melanjutkan insentif pelepasan taksiran cukai ini kepada pendeposit Simpan SSPN sehingga tahun taksiran 2027,” tambah beliau.

Sehingga 30 November 2024, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM19.44 bilion dengan 6.69 juta akaun direkodkan.

Pelbagai usaha dan strategi juga telah dilaksanakan oleh PTPTN bagi membudayakan amalan penabungan dan sebagai tanda penghargaan dan menggalakkan penabungan kepada masyarakat Malaysia, PTPTN mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 bermula 1 Januari hingga 31 Disember ini yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM1.3 juta menanti 983 orang pemenang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here