Foto: FB Majlis Daerah Tangkak

TANGKAK – Karnival Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, di sini, telah diarahkan berhenti serta merta dan ditutup sepenuhnya.

Majlis Daerah Tangkak (MDT) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, siasatan mendapati penganjur tidak mematuhi syarat penganjuran karnival, khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

“Pada Rabu lepas MDT telah menerima aduan penganjur mendirikan struktur berbentuk kapal angkasa ulang alik yang mempunyai pelekat bendera negara China di karnival berkenaan, sehingga menimbulkan kegelisahan masyarakat tempatan.

“Tindakan menurunkan struktur yang dimaksudkan telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian operasi serta merta telah dikeluarkan kepada penganjur semalam, selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017,” menurut kenyataan MDT hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa MDT menggalakkan aktiviti perniagaan, namun tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum masyarakat tempatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Roslan Mohd Talib dilapor berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan rasa tidak puas hati masyarakat berkenaan gambar replika roket tertera logo bendera negara China di festival berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dipetik berkata, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here