Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh akibat 'pertikaman lidah' antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan ADUN Rembia.

MELAKA – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh akibat ‘pertikaman lidah’ antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan ADUN Rembia.

Berdasarkan video Melaka Hari Ini – ia bermula apabila keputusan interim Speaker DUN Melaka,Ibrahim Durum menyatakan kedudukan kerusi ADUN Rembia dialihkan ke tempat pembangkang.

Kemudian Datuk Dr Akmal Salleh dari Barisan Nasional yang juga Exco kerajaan negeri bangun mempersoalkan sikap ADUN Rembia, Jailani Khamis sebagai ‘katak’ dan mengambil masa lama untuk mengumumkan sokongan kepada pihak pembangkang iaitu Pas.

Kemudian Jailani bangun dan menyifatkjan tuduhan Dr Akmal sebagai kurang ajar.

Kemudian laungan ‘katak’ dan ‘pengkhianat’ bertali arus antara kedua-dua wakil rakyat sebelum ditenangkan oleh speaker.

Menurut Ibrahim, ADUN Rembia mengambil masa setahun, satu bulan dan enam hari untuk mengisytiharkan diri menyertai Pas.

Dalam tempoh itu, menurutnya, empat kali sidang DUN telah diadakan dan melibatkan kelulusan lima enakmen termasuk Enakmen Anti Lompat Parti.

Kini DUN Melaka disahkan mempunyai 25 kerusi kerajaan dan tiga blok pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here