Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif antara pendekatan yang akan diperluaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, dengan penggunaan teknologi itu, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku.

Katanya, ia antara langkah penguatkuasaan yang lebih tegas dan tindakan proaktif terhadap pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. 

“Selain itu, JPJ akan terus memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang mengakibatkan risiko kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi.

“Pegawai penguatkuasa akan meningkatkan pemeriksaan secara berterusan di lokasi strategik, terutama di lebuh raya dan kawasan dengan kadar kemalangan tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, JPJ juga akan melancarkan kempen kesedaran awam secara besar-besaran bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

“Program itu akan mensasarkan golongan pemandu muda dan berisiko tingg, dengan fokus pada aspek keselamatan seperti pemakaian tali pinggang keledar, kelajuan selamat dan tingkah laku yang bertanggungjawab di jalan raya.

“Kita juga bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi meningkatkan infrastuktur jalan raya di seluruh negara serta memastikan semua kenderaan yang beroperasi di jalan raya mematuhi standard keselamatan ditetapkan.

“Pada masa sama, pemeriksan berkala dan pemeriksaan keselamatan yang ketat akan diteruskan terutama untuk kenderaan awam dan komersial.

“JPJ juga terus berusaha memperkukuh kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan persatuan industri bagi memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

“Dengan langkah yang lebih ketat terhadap kenderaan komersial, seperti bas dan lori, kami harap dapat mengurangkan kemalangan yang melibatkan kenderaan besar di jalan raya,” jelasnya.

Beliau, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama pihak berkuasa, pemandu, penunggang dan semua pengguna jalan raya.

Sehubugan itu,  setiap individu diseru memainkan peranan dalam menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya serta berkelakukan bertanggungjawab semasa di atas jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here