Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).

Harga saham itu menokok 24 sen pada RM14.42 daripada RM14.18 pada akhir dagangan semalam.

Menjelang jam 10.35 pagi ini, saham syarikat utiliti nasional itu melonjak sebanyak 62 sen atau 4.37 peratus kepada RM14.80 dengan sebanyak 7.51 juta saham saling berpindah tangan.

Pada Khamis, TNB menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia mengumumkan kerajaan telah meluluskan pelaksanaan RP4 itu di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari hingga Disember 2027.

Keputusan itu dinyatakan dalam surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB yang bertarikh 24 Dis, 2024.

Menurut TNB, jadual tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4 itu dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025.

“Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here