Tunku Mahkota Ismail dan Tim Cahill

KUALA LUMPUR- Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.

Dalam catatan Instagram Story malam ini, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan bekas pemain tengah Everton itu bukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.

Sebaliknya, Cahill akan berkhidmat sebagai penasihat peribadinya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa.

“Lelaki ini @tim_cahill bukan CEO skuad kebangsaan Malaysia. Dia penasihat peribadi saya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa,” katanya dalam catatan yang memaparkan gambarnya bersama Cahill.

Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Cahill akan terlibat dalam usaha merevolusikan skuad Harimau Malaya melalui unit khas, yang antara lain bertujuan khusus untuk memantau prestasi dan pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan.

Spekulasi itu tercetus apabila gambar Cahill bersama Tunku Mahkota Ismail, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan CEO JDT Alistair Edwards dimuat naik di laman Facebook Tunku Mahkota Ismail pada Ogos lepas.

Awal hari ini, Tunku Mahkota Ismail yang merupakan bekas Presiden FAM dan terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, mengesahkan bahawa pemilihan calon CEO pasukan kebangsaan hampir selesai.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here