Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan petang ini, lokasi di Kedah yang dijangka mengalami cuaca itu ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan HIlir Perak, Perak.

Cuaca sama diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor manakala Sarawak melibatkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here