KUALA LUMPUR – Selangor FC mengumumkan berpisah dengan tonggak pertahanan import, Umarbek Eshmurodov meskipun saingan musim ini belum berakhir.
“Umarbek adalah pemain asing musim 2024/25 pertama SFC yang diumumkan pada Februari lalu, kini dilepaskan untuk terus mengembangkan karier beliau di negara kelahirannya Uzbekistan.
“Selangor FC menjadi kelab pertama beliau beraksi di luar negara, namun semangat yang ditunjukkan beliau ketika bersama kem Merah Kuning adalah sesuatu yang wajar dibanggakan,” kata Selangor FC di Facebook rasmi miliknya di sini hari ini.
Pemain itu berjaya menyumbang satu gol serta membantu satu jaringan sepanjang bersama Gergasi Merah.
Selangor kini memiliki baki saingan dalam Liga Super dan Challenge Cup selepas tersingkir daripada Piala Malaysia dan ACL2. – MalaysiaGazette