Josh Brownhill. Foto: Instagram JB @joshbrownhill

KUALA LUMPUR – Ketua pasukan kelab bola sepak Burnley, Josh Brownhill hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengenai kewarganegaraannya, yang dikaitkan dengan Malaysia.

Menerusi catatan di instagramnya, pemain tengah berusia 29 tahun yang telah menjadi pemain utama pasukan Burnley sejak 2020 itu menjelaskan bahawa beliau berbangsa Inggeris.

“Sekadar mahu menangani situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris, dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula, tetapi saya perlu buat penjelasan, bagaimanapun saya ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Instagram, awal hari ini.

Kenyataan Brownhill itu itu dibuat susulan kemunculan banyak spekulasi mengenainya di media sosial, dengan beberapa peminat tersalah anggap, dan menyangka beliau mempunyai hubungan dengan Malaysia, yang membawa kepada spekulasi bahawa beliau mungkin layak bermain untuk skuad Harimau Malaya.

Beliau yang merupakan bekas pemain Bristol City FC, mengucapkan terima kasih terhadap sokongan berterusan peminat.

Pemain tengah pasukan The Clarets itu terkenal dengan kualiti kepimpinannya di dalam dan di luar padang.

Terdahulu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail yang terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, berkongsi perbualan dengan pemian bola sepak itu menerusi pesanan langsung Instagram, meminta Brownhill membuat penjelasan berhubung perkara itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..
    nak player yg bagus2, developlah local youngster.. ni tak, org lain tanam benih, ko yg nak menuai… memalukan negara…. siap petik malaysian crazy about you, ko jer yg crazy.. betul cakap Dr M dan sanusi MB..

Comments are closed.