Nur Julie Gwee Ariff

KUALA LUMPUR – MBSB hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nur Julie Gwee Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDF Amanah Investment Bank Berhad yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Nur Julie Gwee merupakan seorang jurubank pelaburan yang berpengalaman luaspengalaman dalam  pasaran hutang dan kewangan korporat.

Beliau menyertai MIDF Amanah Investment Bank pada tahun 2012 sebagai Pengarah dalam Penasihat & Penstrukturan Korporat dan berkhidmat sebagai Ketua Pasaran Hutang
dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif sebelum pelantikannya sebagai CEO.

“Di bawah kepimpinannya, MIDF Amanah Investment Bank telah menjadi peneraju dalam memberi khidmat nasihat inisiatif dan transaksi pembiayaan yang mampan, memperoleh pengiktirafan industri yang meluas dan pelbagai anugerah.

“Sebelum menyertai MIDF, Julie memegang jawatan kanan di lain-lain bank pelaburan dan pernah berkhidmat di firma sekuriti lain dan beliau memberi nasihat dalam pelbagai bidang daripada hal kewangan korporat.

Pengerusi MIDF Amanah Investment Bank, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, kepimpinan dan pengalaman Nur Julie dalam sektor kewangan yang luas sudah pasti meningkatkan MIDF Amanah Investment Bank ke tahap yang lebih tinggi.

“Rekod prestasinya terbukti memainkan peranan penting dalam kejayaan bank. Di bawah bimbingan beliau, bank berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang baharu dan mengukuhkan kepimpinannya dalam ruang ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here