Tirai 2024 disingkap dengan upacara bersejarah menjunjung tradisi mengangkat sumpah jawatan oleh Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari untuk tempoh lima tahun.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan berlangsung pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.