Pihak forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi seorang kanak-kanak perempuan tersepit kaki besi meja lipat sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi meja lipat di kediamannya di Taman Seri Putera di sini, semalam.

Mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.

MalaysiaGazette difahamkan, polis menerima panggilan daripada hospital tersebut yang memaklumkan berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

Difahamkan, kejadian tragis itu menimpa mangsa kira-kira jam 4.15 petang ketika dia sedang bermain seorang diri di bahagian belakang rumah bandar (townhouse) yang disewa ibunya.

Meja lipat tersebut disita pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketika kejadian ibu, abang berusia 10 tahun serta kakaknya, 9, berada di rumah namun mereka hanya menyedari kejadian selepas tidak mendengar sebarang bunyi dari arah mangsa dilaporkan bermain.

Mereka cuba mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Susulan itu, pihak forensik serta pegawai penyiasat melakukan siasatan di lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat pagi ini di Hopsital Parit Buntar.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kejadian tersebut.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here