Aznan (lima dari kiri) melakukan lawatan sempena peperiksaan SPM di SMKA Johor Bahru, di Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor bersetuju memberikan satu hari cuti pada 6 Januari ini sebagai cuti ganti kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, namun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.

“Calon SPM mereka meneruskan peperiksaan, kita tidak mahu mengganggu momentum mereka menjawab peperiksaan dalam keadaan sekolah cuti tetapi SPM diteruskan.

“Guru-guru yang bertugas juga diberi ruang untuk mengambil cuti ganti selepas SPM,” katanya.

Beliau mengulas mengenai perubahan cuti mingguan di negeri ini yang bertukar daripada Jumaat Sabtu kepada Sabtu Ahad bermula semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui dalam Program Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, di Johor Jaya di sini hari ini.

Terdahulu beliau melawat dan beramah mesra dengan calon SPM di SK terbabit dengan diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Dalam pada itu, beliau menjangka tiada kekangan bagi umat Islam menunaikan solat Jumaat, sempena dengan pertukaran cuti hujung minggu bermula minggu ini.

Jelasnya, ini berikutan waktu pelepasan rehat yang panjang diberikan dan terdapat sekolah-sekolah yang dinaik taraf untuk melaksanakan Fardu Ain itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here