Ketua Pegawai Perniagaan Enterprise Maxis (kiri), Prateek Pashine dan Presiden UTAR (kanan) Ir. Prof. Dato' Dr. Ewe Hong Tat, mewakili organisasi masing-masing dalam memeterai kerjasama semasa majlis menandatangani MoU.

KUALA LUMPUR – Penyedia telekomunikasi, Maxis dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan penyelesaian teknologi 5G yang inovatif.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Prateek Pashine berkata, kerjasama ini dapat memanfaatkan infrastruktur teknologi Maxis dan kepakaran UTAR dalam bidang akademik bagi meneroka aplikasi 5G dalam sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Kerjasama ini akan membangun penyelesaian berdaya maju secara komersial, termasuk tele-perubatan, tele-surgeri, dan pemantauan kesihatan masa nyata.

“Secara tidak langsung, proses inovasi dan pemudahan akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan dan pendidikan yang dinamik.

“Manakala bagi sektor pendidikan, teknologi ini dapat diaplikasikan untuk memperkaya pengalaman pembelajaran melalui persekitaran interaktif dan teknologi realiti tambahan (AR),” katanya pada majlis menandatangani MoU itu, hari ini.

Menurut Prateek, kolaborasi ini juga akan memperluaskan lagi inisiatif Maxis Business dalam memacu penggunaan penyelesaian 5G di Malaysia.

“Sebagai bahagian B2B Maxis, Maxis Business terus komited menjadi rakan niaga digital pilihan melalui penyelesaian rangkaian dan teknologi hujung ke hujung.

“Penggunaan teknologi 5G ini juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk terus membangunkan inisiatif seperti teknologi hijau, keselamatan siber, dan kampus pintar,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here